Blogger Backgrounds

Thursday, October 6, 2011

Perlis Sebagai Negeri Pelancongan







Sebagai anak jati negeri Perlis yang dicintai ini, saya berasa untuk bersuara kepada pucuk pimpinan agar menjadikan sumber alam sedia ada di negeri Perlis sebagai aset pelancongan serta mengadakan pusat tumpuan seperti taman tema atau yang seumpamanya bagi menampung keperluan tarikan pelancong untuk lebih lama berada di negeri ini. Bilik penginapan sudah bertambah, tetapi kebanyakkan mereka yang menginap disini hanya atas tujuan aktiviti selain daripada melancong seperti seminar, lawatan dan sebagainya.

Kita patut menjadikan negeri sebesar negeri Melaka sebagai rujukan pembangunan pelancongan walaupun kita tiada sejarah lagenda seperti Hang Tuah yang dikenali dunia. Mungkin dengan kajian sejarah yang mendalam kita dapat juga jadikan ianya untuk tujuan pelancong meneroka sejarah negeri dengan pakej-pakej pelancongan tertentu.

Bagi saya yang amat teruja dengan kepesatan pelancongan di negeri-negeri lain amat berharap negeri Perlis akan wujud satu mercu tanda pelancongan yang lebih hebat dari Gua Kelam, Wang Kelian, Tasik Meranti, Padang Besar, Tasik Melati, Tasoh, Kuala Perlis, Bukit Ayer dan beberapa tempat lain yang menjadi identiti untuk pelancongan di Negeri Perlis.

Walaupun peruntukkan terhadap pembangunan ini amat besar tapi saya yakin ianya akan memesatkan pembangunan negeri dengan adanya pelabur yang akan melabur satu masa nanti yang menguntungkan kerajaan negeri ini dan ianya akan menjadikan perniagaan usahawan-usahawan negeri ini akan turut berkembang maju.

Melaka Riverside (Penggunaan sungai sepenuhnya dapat menurangkan pencemaran dan menjadi tarikan pelancongan)

Tebingan Kuching

A Famosa Melaka 

Muzium Maritim Melaka





No comments:

Post a Comment